Friday, October 5, 2012

Sdr.Rozi Husin Dalam Kenangan..Al-Fatihah

Salam buat semua rakan. Pagi ini Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya dikejutkan dengan kematian Sdr.Rozi Husin AJK Pemuda UMNO Bah merangkap KPC Pakma di Hospital Ptjy. Arwah sebelum ini telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Putrajaya kerana masalah "pneumonia & underlying obesity".  Jenazah telah dibawa ke Pasir Mas utk disemadikan.   Sebelum ini arwah merupakan antara orang yang aktif dalam Pergerakan Pemuda dan atas masalah kesihatan arwah terpaksa berehat dan menyokong setiap aktiviti daripada belakang.  Arwah juga sangat disenangi lebih-lebih lagi apabila beliau memegang jawatan sebagai Guru Kaunseling di sekolah Putrajaya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Justeru itu, Pergerakkan Pemuda UMNO Bah.Putrajaya menjemput seluruh rakan-rakan yang mengenali arwah Sdr.Rozi Husin yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi, ke Majlis Tahlil Arwah di Surau Al-Hidayah, Putra Harmoni (Flat Hijau) Precint 9 esok (6/10) selepas solat Isyak. Harap maklum. Moga roh ditempatkan bersama org2 beriman. Al-Fatihah.