Merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air di Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, penggunaan teknologi tersebut yang
dijangka menjangkau lebih RM3 bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin
kualiti air.
Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan mahu kerajaan negeri Selangor memberi
kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk
menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang
dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.
Penulis
berpendapat, Ini soal hidup dan mati, soal keperluan asas manusia di Selangor
yang tidak boleh dipolitikkan. Semua kebimbangan ini berdasarkan fakta
hasil kajian pakar. Saya tidak faham apa perlunya teknologi mambran ini... ia
bukan penyelesaian wahai YB! Terima sahajalah cadangan pihak Kerajaan Persekutuan ...