![]() |
Antara pemimpin PAS yg kerap mengecam DAP demi Islam |
Kenyataan terbaru bekas
Timbalan Presiden PAS, Nasharauddin Mat Isa yang mendedahkan DAP pernah mengadakan satu majlis doa supaya“Malaysia menjadi negara Kristian” di Sarawak telah telah mencetuskan pelbagai persoalan
dikalangan banyak pihak terutamanya orang Islam. Ini kerana semua sedia maklum PAS dan juga
Keadilan merupakan sekutu DAP dalam pakatan.
Dua orang anggota
jawatankuasa PAS pusat iaitu Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini lantas mengumumkan memutuskan hubungan dengan Nasha atas kelantangannya.
Begitu juga dengan Dewan
Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) yang menemplak Nasha sebagai ‘jurucakap UMNO yang berada dalam Pakatan Rakyat‘.
Nasha dalam kenyataannya
petang semalam, mengingatkan PAS agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan
sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
A. Jika umat Islam negara ini terus berpecah
belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 5 atau 10 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?
B. Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran
Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa politik?
C. Sampai bila umat Islam harus tunduk kepada DAP?