Friday, December 14, 2012

Doa Najib Untuk Semua@umbkl@NajibRazak@razlanrafii@Khairykj

Berdoa untuk kebaikan adalah lebih baik dari kehancuran sesama umat
Pandangan penulis rakyat tidak akan berasa ragu-ragu untuk memberikan mandat besar kepada Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti sekiranya parti itu terus melakukan transformasi seiring peredaran zaman sekarang.

Rakyat memberi keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap pentadbiran Najib kerana pelbagai usaha telah dilakukan demi untuk menjamin masa depan lebih baik.
 

Penulis percaya komitmen dan gerak kerja beliau, rakyat sudah bersedia. Beliau sudah buktikan kredibiliti sebagai pemimpin negara. Cuma, menjadi persoalan adakah BN khususnya Umno sudah bersedia lakukan perubahan demi melihat kemenangan mutlak terhadap parti itu? Termasuklah transformasi mental, minda atau pemikiran para pemimpin UMNO dan ahli-ahli yang lain.  Corak pemikiran 'politik lama' harus diubah demi memberi nafas dan selera baru.

Umno merupakan parti teras perlu membuang segala sikap negatif dalam diri pemimpin bagi menguatkan kepercayaan rakyat.

Pada masa sama, kepimpinan BN di peringkat bawahan tidak boleh menimbulkan apa-apa permasalahan yang mana boleh menggugat kepercayaan rakyat kepada parti.

Sebelum PRU13, mereka mesti buktikan mereka sudah berubah. Ini adalah pilihan raya terpenting. Jangan sia-siakan apa yang telah diberi selama ini.

Jelas sekarang, dengan populariti yang diraih, seharusnya Najib turut memberikan ruang dan peluang kepada calon baru bagi berdepan PRU13.