Tuesday, December 11, 2012
Nasihat Berguna Tun M @umbkl@MukhrizMahathir#TolakPR
Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bijak menjawab dan menangani persoalan yang dikemukakan pengundi terutamanya di kawasan bandar bagi memastikan sokongan kepada parti itu sentiasa kukuh.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengundi pada masa kini lebih bijak berbanding pada masa lepas maka jawapan yang diberikan ke atas persoalan dikemukakan mereka perlu lebih bijak dan lebih bernas.
"Rakyat sekarang semakin bijak dan bila mereka semakin bijak, mereka perlu menyoal tentang pelbagai perkara antaranya pembangunan dijalankan di kawasan mereka, maka kita perlu jelaskan pembangunan itu sebaiknya, bagaimana manfaatkan mereka dan sebagainya, jawapan perlu bijak.
"Kita mesti tahu bagaimana nak jelaskan dengan baik, jangan kita 'ignore' sahaja. Bagi saya seorang pemimpin yang baik dapat menjelaskan dengan baik segala persoalan dikemukakan rakyat mereka, pemimpin tidak baik pula sebaliknya," ujar beliau lagi.
Mengulas, perpecahan Melayu pada masa ini, beliau berkata, orang Melayu di negara ini perlu melihat kembali mengapa orang Melayu bersatu pada zaman penentangan Malayan Union.
"Dulu kita bersatu demi mempertahankan hak kita daripada Malayan Union, jadi sekarang kita perlu bersatu semula mempertahankan hak kita. Kita tidak nafikan hak kaum lain cuma kita perlu pertahankan hak kita sendiri, kita perlu sedar semua ini," katanya