Saturday, December 8, 2012
PR: Anwar Marah Tian Chua? @umbkl@anwaribrahim@tianchua@JohnSayoxx#tolak PR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuat penjelasan bagi merungkai kekeliruan rakyat berhubung dakwaan kononnya perbicaraan pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di mahkamah Perancis ketika ini.
Pendapat penulis, PR (Penipu Rakyat) sepatutnya menjelaskan isu ini tetapi sekarang isu ini kini menjadi tanda tanya selepas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua baru-baru ini mendakwa perbicaraan tersebut sebenarnya tidak wujud.
Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan dakwaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sebelum ini memperbesar-besarkan isu tersebut sekali gus mengesahkan pembohongan pertubuhan berkenaan.
Penulis merasakan rakyat tidak harus terus dibohongi oleh PR(Penipu Rakyat) dan Anwar perlu telus dan berterus-terang dalam menjelaskan perkara ini serta mengapa Tian Chua membuat kenyataan sedemikian.