Kejadian baru-baru ini yang berlaku di Kompleks Kerajaan, Putrajaya amat
memalukan. Walhal perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana pada
pengamatan saya, kedua² pihak sudah jelas mengenai status tersebut.
Di bawah ini artikel saya perolehi daripada blog REZQEEN HILL pada bulan Februari 2012 yang lepas.
Beliau berkata, kempen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), yang berjaya menarik minat 15,000 orang, sebahagian besarnya keturunan India adalah satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, baki kira-kira 3,900 permohonan yang sudah diproses tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab, termasuk kekurangan maklumat.
“Saya menggesa KDN, SITF dan pihak
yang terbabit untuk terus membantu menyelesaikan permohonan supaya
kelulusan dapat diberikan kepada semua pemohon yang layak,”
- Najib Tun Razak
Kempen yang dilaksanakan selama lapan hari bermula 19 Februari tahun
lalu itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu menangani
masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India,
yang selama ini menyukarkan pemohon mengakses perkhidmatan dan kemudahan
yang disediakan kerajaan.
Ia dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor,
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. SITF melawat dan membuka
kaunter di hampir semua lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India
dengan memahami dan menyelesaikan masalah mereka. Permohonan yang
diterima membabitkan masalah kewarganegaraan, daftar lewat kelahiran,
pindaan butiran sijil kelahiran, anak angkat, pendaftaran perkahwinan
dan kad pengenalan.
Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.
Desakan dan tohmahan Pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak alert akan permasalahan ini merupakan satu fitnah yang
besar. Program di atas diadakan pada 14 Februari 2012 di Institut
Latihan DBKL, Bandar Tun Razak menerusi program kempen MyDaftar.
Untuk rekod selepas daripada program di atas ini. Bermula May sehingga Ogos, sebanyak 9,529 permohonan diterima daripada masyarakat India. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,527 permohonan melibatkan status warganegara dan selebihnya berkenaan sijil kelahiran, pendaftaran perkahwinan dan masalah kad pengenalan.
Bah. 1 : Siapa Puak Kurang Ajar Yang Benarkan Perdana Menteri Malaysia Dihina, klik sini.
Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
“Pemohon yang berjaya juga layak
mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali
gus mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. Keadaan ini
cukup bermakna kerana ia berbeza dengan dunia tanpa status sebagai warga
negara,”