Monday, December 3, 2012

Ikrar, Doa & Sumpah Presiden UMNO Buat Perwakilan Sebak @umbkl#PAU2012



Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bersama-sama perwakilan yang lain telah melafazkan ikrar, doa dan disusuli dengan sumpah selepas ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC kelmarin. Ungkapan ini dilakukan bagi memastikan seluruh jentera UMNO bekerja keras, bersatu padu dan berjuang habis-habisan terutamanya menjelang PRU 13 nanti.

Najib memberi peringatan bahawa setiap undi yang diberikan kepada pakatan pembangkang boleh membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum terterntu.

Bagaimanapun beliau juga menegaskan kejayaan yang diharapkan hanya boleh dicapai jika semua ahli UMNO dan BN sepakat menyokong calon pilihanraya yang dipilih pucuk pimpinan.

Beliau juga menggambarkan bahawa:  

"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta. Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia."

Sumpah 
"Marilah kita bersama-sama dalam dewan ini bersumpah dan berikrar dengan nama Allah, selagi darah masih mengalir, selagi hayat dikandung badan, agama sci Islam pasti kita daulatkan, bangsa melayu pasti kita perjuangkan, rakyat Malaysia pasti kita makmurkan, negara tercinta pasti kita pertahankan"