Monday, December 10, 2012

Hasuk Jemaah Umrah/Haji Benci Kerajaan?@umbkl

Ada cerita panas yang penulis ingin kongsikan bersama. Ini tentang terdapat Travel Agency yang bawa orang Malaysia buat Umrah ke Mekah & Madinah. Dorang ni minta para jemaah dalam perjalanan ke sana utk mendoakan keburukan & tumbangkan UMNO dan BN pada PRU kali ini.




Penulis minta supaya pihak berkaitan mahupun pihak Jabatan Agama ataupun mana2 badan yg terbabit harus memantau setiap pergerakan Travel Agensi ini kerana bole memudaratkan hasrat jemaah tersebut. Niat jemaah, mahu mendapat keberkatan bukannya mahu menambah kebencian Allah SWT terhadap hambaNya yang mendoakan keburukan pada orang lain.




Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, “dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).


Penulis tidak teragak-agak untuk kuarkan artikel  lagi mengenai hal ini. Awas jangan sampai kegiatan anda kantoi dan business terjejas disebabkan hal ini kerana tujuan anda cuba memesongkan niat peserta umrah/haji dari  Malaysia.