Friday, December 7, 2012

NGO Antarabangsa Human Rights Watch(HRW) Kurang Ajar! @umbkl@ustazfathulbari

Antara individu yang menyokong LGBT

Penulis mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa iaitu Human Rights Watch (HRW) yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepemimpinan negara mengkaji semula dasar perundangan Artikel 377 Kanun Keseksaan.

Tindakan kurang ajar HRW tersebut adalah seiring dengan sokongan Anwar Ibrahim terhadap budaya songsang ini

Ini jelas menunjukkan HRW menyokong amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta langsung tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kesucian agama lain.

Persoalannya ialah mengapa NGO antarabangsa itu cuba mencampuri urusan perundangan Negara??

HRW ini memang tidak senonoh dan saya fikir dianggotai oleh orang yang tidak mempunyai agama dan kita perlu tentang sebarang anasir luar yang cuba memporakperandakan pemikiran serta norma masyarakat.

Mengulas laporan portal The Mole di www.mole.my semalam yang mendedahkan HRW mengutus surat bertarikh 4 Disember lalu kepada Najib bagi meminta Perdana Menteri tidak 'mendiskriminasi' golongan LGBT dan memansuhkan Artikel 377 Kanun Keseksaan berkaitan amalan songsang itu.

Menerusi surat itu juga, HRW mendakwa undang- undang tersebut bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang ditandatangani Malaysia dan menegaskan orang dewasa di Malaysia perlu bebas memilih pasangan masing-masing.

Seperti yang kita tahu, kerajaan sentiasa memastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat sebarang tempat di negara ini.

P/S: Cuba kita kenang kembali peristiwa yang berlaku kepada kaum Nabi Luth..