Friday, March 14, 2014

@anwaribrahim tau dia akan ke penjara, 'paksa' adakan #PRKKajang untuk kenakan kerajaan? @beliabangkit @chewmeifun @ganpingsieu



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan secara automatik untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang ekoran hukuman penjara yang dikenakan kepadanya di atas pertuduhan meliwat.

Peguam Syahredzan Johan berkata ini adalah selaras dengan Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM2,000 , tidak boleh dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri , walaupun rayuan difailkan.



"Ya, Anwar boleh membuat rayuan keputusan ini tetapi ia tidak akan mempunyai sebarang kesan tehadap kehilangan kelayakan beliau daripada bertanding di PRK Kajang.

"Bagaimanapun, beliau tidak hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 48 (4)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa suatu rayuan yang dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun Anwar selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mahkamah membenarkan Anwar menangguhkan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000 sehingga jam 11 pagi, Isnin depan.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Aziah Ali and Datuk Mohd Zawawi Salleh. Keputusan katanya adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Rayuan kes ini mencetuskan kontroversi sebelum ini berhubung isu pelantikan peguam Tan Sri Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa. Anwar mengemukakan usul untuk mengetepikan pelantikan itu namun ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.