MENGAPA MAHKAMAH MEMILIH TARIKH BICARA PADA MASA PRK KAJANG?
Jawab: Setelah gagal 3 kali menolak TS Mohamad Shafee Abdullah, maka mereka telah mengarah DUN Kajang meletak jawatan untuk beliau bertanding sebagai persediaan mendapatkan sokongan rakyat baig menghadapi perbicaraan kes liwat beliau.
PERMINTAAN RAYUAN PENANGGUHAN KARPAL SINGH DITOLAK?
Jawab: Sudah 67 kali kes ini bertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham!
TS MOHAMAD SHAFEE ABDULLAH MERUPAKAN PEGUAM UPAHAN UMNO?
Jawab: Semua peguam mengambil upah di atas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli Parti DAP. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting adalah khidmat profesional mereka yang cemerlang.
NAJIB BERKONGSPIRASI BERSAMA HAKIM UNTUK MENGHUKUM ANWAR BERSALAH?
Jawab: mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih? Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan? Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3-0.
NAJIB DIKATAKAN ISYTIHAR PERANG PADA PAKATAN RAKYAT?
Jawab: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira. Berani buat berani tanggung la. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain..