Thursday, March 13, 2014

Coretan Penamaan Calon #PRKKajang @putrajaya_13 @khairykj


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula kelmarin dengan proses penamaan calon diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. serta Setiausaha Agong UMNO DSU Tengku Adnan Tengku Mansor.


Calon dan juga Naib Presiden MCA itu tiba pada jam 8.55 pagi.

Wakil Pakatan Rakyat (PR) pula, iaitu calon PKR, Dari Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.05 pagi sambil diiringi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kanan parti pembangkang yang lain.

Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan berikutan kekosongan kerusi itu ekoran perletakan jawatan penyandangnya dari PKR iaitu Lee Chin Cheh.

Susulan itu Pakatan Rosak (PR) selepas mengadakan mesyuarat majlis pimpinannya telah bersetuju untuk meletakkan Anwar yang Ketua Pembangkang sebagai calon mereka.

Difahami tujuan perletakan jawatan Lee dan meletakkan Anwar sebagai calon adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun, Mahkamah Rayuan pada 8 Mac membenarkan rayuan pendakwa dengan mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tetapi dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000, sementara menunggu peguamnya mengemukakan permohonan untuk rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Anwar kemudian membuat pengumuman tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang tetapi akan turun berkempen membantu Pakatan Rosak, dimana beliau telah digantikan oleh Wan Azizah yang juga isterinya, sebagai calon PR.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi pada 23 Mac 2014. Sebanyak 18 pusat undi akan dibuka untuk tujuan pengundian, iaitu tiga buah pusat mengundi awal dan 15 buah pusat mengundi bagi pengundian biasa.



Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 637 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

SPR juga memaklumkan bahawa kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil Kajang ini adalah sebanyak RM 1.6 juta.