Tuesday, March 18, 2014

"Lu pikirlah sendiri orang Kajang ooi.." @chewmeifun @putrajaya_13 #PRKKajang




Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan 'jambatan' menghubungkan Kajang dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Pusat bagi membela nasib penduduk di Kajang ini.

Pemilihan Mei Fun bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi penduduk kerana beliau mewakili parti pentadbir di negara ini.


Penduduk Kajang memerlukan wakil jambatan yang boleh menghulurkan bantuan untuk berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah rakyat, kemiskinan dan kesihatan.  Jambatan terbaik kalau kita ukur ialah Mei Fun berbanding calon parti lawan. Suara Mei Fun terus sampai kepada Perdana Menteri. Pemilihannya sebagai wakil rakyat Kajang memungkinkan Kerajaan Persekutuan terus boleh membantu.

Sedangkan, calon pembangkang iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail gagal mengurus parti dengan baik sehingga sering berlaku konflik.

Hari ini kita nak pilih calon yang boleh membantu rakyat Kajang dan berkredibiliti.  Bukan setakat jaja cerita sedih apa yang berlaku terhadap Anwar.  

Ini peluang yang diberikan Tuhan kepada rakyat Kajang untuk menentukan. Cukuplah memberi peluang kepada calon PKR pada pilihan raya umum lalu, dan ternyata PR TIDAK menghargai pengundi rakyat Kajang pada PRU13 lalu.
Bayangkan, hari ini bukan tiada calon PKR lain tetapi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya.  Dulu di Parlimen Permatang Pauh, isterinya jadi calon, selepas itu bagi pula kepadanya? Apakah Malaysia ini dia punya syarikat? Bak kata Nabil, "Lu pikirlaaah sendiri"..