Friday, March 14, 2014

Kejadian tahun 1987,masihkah rakyat Kajang ingat?? @chewmeifun @tunfaisal @politikikhlas #PRKKajang


Rakyat Kajang mahupun generasi muda hari ini pasti terlupa tentang satu kejadian yang berlaku sekitar tahun 1987 dahulu.  Atas bantuan rakan-rakan, maka penulis berjaya mengumpul beberapa fakta untuk dikongsi bersama. Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menyaksikan penangkapan 106 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dan pembatalkan lesen penerbitan bagi dua akhbar iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan .

Menurut kepada White Paper yang menjelaskan penangkapan yang dilakukan, pelbagai kumpulan telah memainkan isu-isu sensitif dan seterusnya mewujudkan ketegangan kaum di negara ini berkaitan dengan perlantikan lebih kurang 100 penolong kanan dan pengetua ke sekolah-sekolah vernakular Cina oleh Kementerian Pelajaran.

Pada 11 Oktober 1987, perhimpunan yang dihadiri oleh 2,000 orang telah diadakan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia ( juga dikenali sebagai Dong Jiao Zong) di bangunan Persatuan Hainan di Kuala Lumpur, yang turut disertai oleh ahli-ahli politik daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA ) , Parti Tindakan Demokratik (DAP) , Gerakan dan parti berasaskan kaum Cina yang lain.

Ucapan-ucapan yang terarah kepada provokasi perkauman telah dibuat dan mesyuarat itu memutuskan untuk sekolah-sekolah Cina mengadakan tindakan memboikot selama tiga hari jika kerajaan tidak menyelesaikan isu pelantikan tersebut.

Semua ini berlaku hanya setahun selepas Anwar Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Menteri Pelajaran dan sehingga hari ini beliau diingati sebagai orang yang cuba memecah-belahkan tulang belakang kepada pendidikan Cina dan mengasimilasikan sekolah-sekolah Cina ke dalam arus perdana pendidikan nasional. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa orang Cina tidak menyokong Barisan Alternatif dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004.

Kajang di lihat sebagai pusat tidak rasmi pendidikan Cina. Adalah lebih baik jika pengundi Cina di Kajang untuk mengingati kenyataan bahawa Anwar tidak pernah dianggap sebagai rakan kepada pendidikan Cina seperti mana kepura-puraan beliau kini.

Apabila kontroversi pelantikan di sekolah-sekolah Cina ini dibangkitkan pada tahun 1987, Anwar berdegil dan memilih untuk tidak mengubah pendiriannya . Dan ini telah mencetuskan protes di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional sendiri , yang akhirnya menyebabkan Operasi Lalang tidak lama selepas itu .

Hal ini adalah bukan sahaja isu yang menjadi kebimbangan pembangkang. Malah dalam Barisan Nasional juga berpendapat bahawa Anwar bukan sahaja salah tetapi juga sangat sombong dengan cara yang beliau mengendalikan isu itu. Dan hari ini Anwar cuba untuk mempamerkan dirinya sebagai rakan kepada pendidikan Cina. Pengundi Kajang perlu serius memikirkan perkara ini dengan lebih teliti lagi.