Thursday, March 13, 2014

Kerajaan @barisanasional (BN) TIDAK pernah minta bantuan 'Bomoh VVIP'. Jangan Tertipu @Khairykj @ustazfathulbari




JANGAN salahkan Kerajaan BN dengan kehadiran 'Bomoh VVIP' ni.  Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan ‘permaidani ajaib’ untuk kononnya membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, patut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di dalam akaun Twitternya berkata upacara ritual bomoh itu memalukan.


Turut bersetuju dengan Khairy adalah Pengerusi Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.


Beliau mahu pihak berkuasa agama Islam di negara ini mengambil tindakan terhadap amalan berunsur syirik yang dilakukan oleh segelintir pihak kononnya untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Katanya, amalan itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini keseluruhannya tetapi menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang jadi pintu keluar masuk negara.

"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja.

"Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," kata Fathul Bahri kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas kenyataannya di Twitter yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370.

Orang ramai yang berada di KLIA pada Ahad lalu gempar dengan kemunculan Ibrahim Mat Zain yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya boleh menunjukkan tempat pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu berada. Beliau ketika itu membawa apa yang dipanggilnya bubu mata pancing dan teropong buluh.

Ibrahim hari ini datang untuk kali kedua KLIA menyambung upacaranya dengan menggunakan apa yang beliau dakwa air zam-zam, dua biji kelapa serta sebatang tongkat dan hamparan. Beliau juga juga menjelaskan apa yang dilakukannya ini adalah inisiatifnya sendiri.
p/s:  semuanya salah BN? sampaikan aksi memalukan bomoh ini pun korang nak spin salahkan BN? agak2 der...