Tidak seperti beberapa PRK sebelum ini, PRK Kajang mempunyai kelainan tersendiri. Ia diadakan untuk memenuhi agenda dan kepentingan politik, ciptaan Anwar Ibrahim.
Dan bagi mencapai kemenangan ini, kita kena susun strategi dengan tepat. Sasaran mestilah berdasarkan data yang ada. Penyokong-penyokong tegar kedua-dua parti, samada tua atau muda, lelaki atau wanita, pemuda atau puteri tidak akan berubah sokongan hanya kerana calon. Mereka mengundi kerana parti.
Yang boleh menentukan kemenangan ialah mereka yang boleh terpengaruh dan diyakinkan dengan isu-isu terkini.
Oleh yang demikian, BN kena meyakinkan pengundi-pengundi berkenaan tentang ketidakmampuan kerajaan Pakatan Rosak (PR) mentadbir negeri, justeru kawasan Kajang perlu diwakili oleh BN bagi menyuarakan masalah mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga memohon Kerajaan Pusat membantu dalam hal pembangunan.
Kita jangan terlibat dalam pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada kita, sama ada Anwar Ibrahim, Wan Azizah atau Azmin Ali atau Khalid Ibrahim, adalah musuh politik kita yang mahu menjatuhkan BN.
Apa yang perlu dilakukan, kita kena kerja bersungguh-sungguh menyakinkan pengundi yang dianggap atas pagar untuk bersama-samakita. Itulah caranya.
Dalam mendepani cabaran ini juga, kita mesti bersikap rasional dan tidak emosional. Tidak boleh terbawa-bawa dengan sentimen bersifat personal atau rasis kerana ia bukan cara dan budaya BN.
Semoga rakyat Kajang kali ini buka mata, fikirlah secara matang, kaji semula kepercayaan yang anda berikan kepada Pembangkang pada PRU13 yang lalu..adakah mereka menghargai undi anda???