Baru-baru ini penulis ada memaparkan kisah seorang lelaki yang menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Petang semalam akhirnya lelaki tersebut yang bernama Leong Pei Koe KPT: 840718-10-5015 akhirnya dijatuhi hukuman.
Tahniah juga diucapkan kepada PDRM mahupun KDN serta pihak berkuasa yang terlibat yang pantas bertindak dan membuat keputusan yang cepat kali ini agar kejadian seperti isu Namawee mahupun isu lemparkan kepala babi di surau suatu masa dahulu tidak berlarutan dan mengundang kemarahan orang ramai terutamanya Orang Melayu Islam.
Lelaki ini telah dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 13/2/13 pada jam 5pm di bawah dua (2) pertuduhan mengikut Seksyen 294(a)KK. Pertuduhan pertama(1) iaitu menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan rasmi SPB Raja Permaisuri Agung yang sedang berlalu manakala pertuduhan kedua (2) menunjukkan isyarat lucah kepada ASP Mohd Fakhrudin Bin Abd Hamid (pengadu). OKT telah mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah mendapati OKT bersalah dan menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama- 1 bulan penjara dari tarikh tangkap dan denda RM6,000 (2 bulan penjara kalau tidak bayar). Pertuduhan kedua- Penjara 7 hari dari tarikh tangkap dan denda RM2,000 (1 bulan penjara kalau tidak bayar). Kesemua hukuman berjalan serentak.
Apapun yang berlaku biarlah ia menjadi pengajaran berguna buat Leong Pei Koe dan 'mereka2' yang lain kerana kita hidup di bumi Malaysia tercinta ini terikat dengan adab sopan, tatasusila, undang-undang dan perlembagaan yang telah termaktub. Kalau ingkar, maka tanggunglah sendiri akibatnya.
Mungkin juga ada pembaca di luar sana yang mempersoalkan hukuman tersebut sama ada ianya berbaloi atau tidak tetapi ianya juga haruslah berpandukan kesalahan yang telah digazetkan. Jadi segala tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan adalah ADIL dan SAKSAMA untuk semua kaum dan bangsa TANPA mengira fahaman politik atau pangkat sekalipun.
Cuma hanya pihak Pembangkang sahaja yang suka memanupulasi tentang sesuatu isu agar menampakkan keburukan dan zalimnya (kononnya mereka adil) kerajaan ini. Oleh itu pengajaran buat semua "jangan bermain dengan api, kelak memakan diri"...
Peace yo!