Monday, February 25, 2013

@nikabdulaziz - Jangan samakan kami warga Putrajaya dengan binatang ayam/itik @TengkuAdnanReal #1Malaysia #TolakPR


Melebihi 10,000 orang warga Putrajaya yang menerima BR1M2.0 baru-baru ini.  Adakah mereka ini juga binatang seperti yang "tok guru" nyanyuk Nik Aziz maksudkan?  Dikalangan mereka ini juga terdiri daripada anak jati Kelantan yang menetap dan bekerja di Putrajaya.  Adakah mereka ini juga tergolong dalam haiwan atau binatang ternakan yang MB Kelantan ini maksudkan?

Semakin hari semakin 'menjadi-jadi' tok guru PAS sorang ni.  Sudahlah kalimah Allah tidak dipertahankan, sekarang manusia pula disamakan seperti haiwan?  Jangan pula esok lusa pula 'bini orang' dihalalkan untuk memuaskan nafsu serakah!




Penulis menganggap  ini sebagai  keterlaluan sekali gus menghina rakyat apabila menyamakan penerima bantuan itu seperti haiwan.  Kalau beliau boleh bagi RM200 seorang untuk datang berhimpun semasa BERSIH (beliau sendiri mengaku), apalah salahnya penerima BR1M ini?


Anda harus ingat dan faham bahawa BR1M dan bantuan kewangan langsung yang lain tidak ada beza dengan amalan di sesetengah negara lain.
 
“Sebagai contoh di Singapura, mereka kredit kepada akaun CPF (Central Provident Fund), itu untuk membantu rakyat dan di Indonesia juga ada pemberian secara langsung kepada rakyat.  Jadi, kenapa pula menjadi isu di sini?  Hanya namanya sahaja yang berbeza.

Usaha ini adalah inisiatif untuk membantu rakyat secara langsung kerana kita harus sedar bahawa selama ini kerajaan memberi pelbagai jenis bantuan dalam bentuk subsidi yang nilainya lebih RM30 bilion setahun.

Antaranya adalah subsidi petrol, diesel cecair gas petroleum (LPG), beras, tepung, gula dan lain-lain.

Mereka berjanji kepada ibu tunggal di Selangor RM250 setiap bulan,  janji kalau hantar anak ke tadika dapat bayaran elaun, janji air percuma,  janji macam-macam perkara lain, apa bezanya dengan BR1M, bukankah itu pemberian kewangan juga?  



Adalah lebih teruk lagi PR, segala janji itu hanya tinggal janji berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang telah mengotakannya.