Monday, February 25, 2013

@n_izzah naik hangin&mengamuk lagi? @RajaNongChik #1Malaysia #TolakPR


Semakin hampir PRU13, nampaknya semakin tertekan @n_izzah ni.  Apa ke tidaknya, beliau tertekan kerana @RajaNongChik terus mendekati rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan ternyata segala usaha dan pendekatan Raja Nong Chik ini disukai dan diterima oleh rakyat.

Kalau di Lembah Pantai, ternyata rakyat lebih gemar untuk berjumpa Raja Nong Chik bagi menyuarakan permasalahan yang mereka hadapi kerana mereka tahu YB Nurul Izzah "lenyap entah ke mana"... Yang pasti bila tiba PRU13 nanti, pasti Nurul Izzah buat "comeback" dan tabur pelbagai janji maniiiiiiss semanis kurma..



Tertekan sangat ker nak mempertahankan Parlimen Lembah Pantai daripada dirampas oleh Barisan Nasional (BN). Tapi rasanya memang benarlah, anak Anwar Ibrahim ni dah mulai terasa tekanan yang hebat di Lembah Pantai sejak memangku jawatan tersebut kah kah kah.

Tindakan BN Lembah Pantai yang tidak henti-henti menabur bakti dan memerah keringat demi mengembalikan maruah BN di sana telah membuka mata banyak pihak terutamanya Ahli Parlimen Lembah Pantai serta pencacainya sendiri yang sukar dilihat dan sukar dikenali di sini.

Nurul Izzah sudah tahu akan nasib dirinya yang bakal ditolak 200% oleh penduduk Lembah Pantai pada PRU akan datang. Tapi nak dijadikan cerita pula si Ahli Parlimen Twitter ni ada hati nak ajak Winnable Candidate, Datuk Raja Nong Chik untuk berdebat dengannya hehe.

Apa kejadahnya nak berdebat?
Ini bukan masa untuk berdebat lagi.  Rakyat mahu janji ditepati dan laksanakan tugas sebagai wakil rakyat yang nyata.  Bukan setakat wakil rakyat di laman twitter mahupun Facebook.


Sudah-sudahlah Nurul Izzah.

Angkat jelah kaki pergi bertanding di kawasan Parlimen Titiwangsa. Gantikan tempat Allahyarham Dr Lo'Lo. Itu pun kalau PAS kasi masuk kawasan. Untung sabut, bolehlah bertanding di sana, untung batu tenggelamlah gamaknya bersama bapak hang dan Pakatan Haram Jadah.

1Malaysia Tolak PR