Pejabat UMNO Bah.Putrajaya semalam 'diserang' hampir seribu orang yang layak mendapat BR1M 2.0 pada kali ini. Penduduk Putrajaya yang layak ini terlebih dahulu telah mendapat kiriman sms awal daripada Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya yang berbunyi :
"Salam. Sila datang ke Pejabat UMNO Bah. Ptjy esok hingga Jumaat
di Jalan Diplomatik P15 sebelah MYDIN untuk ambil
surat pengesahan sebagai penerima BR1M"
Kemudian mereka hadir untuk mendapatkan surat pengesahan dan seterusnya Ahli Parlimen Putrajaya YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyerahkan BR1M ini sendiri pada majlis yang akan diumumkan nanti.
Bulan Februari ini Kem.Kewangan dan LHDN akan selesaikan sama ada bagi penerima isi rumah mahupun individu, kecuali yang mohon selepas 31 Disember, akan diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terlebih dahulu, sekiraya boleh diagihkan pada bulan ini, maka ia akan agihkan kalau tidak mungkin lewat sedikit.
Dengan bantuan ini ia dapat meringankan beban rakyat tidak kira yang menyokong Kerajaan mahupun Pembangkang. Diharapkan agar usaha murni kerajaan ini akan berterusan pada masa akan datang. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional (BN)!!!!