Wednesday, February 27, 2013

Kenapa orang Islam sendiri sanggup gadai Kalimah Allah? #1Malaysia #TolakPR



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.
Penulis berpendapat, tindakan tersebut seperti ada agenda tersirat seolah-olah cuba menguji kesabaran umat Islam  dan khususnya orang Melayu.
 
 
 
Tetapi lebih malang lagi apabila orang Melayu beragama Islam itu sendiri seperti MB Kelantan Nik Abdul Aziz, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan beberapa orang sekutu mereka yang rela dan menghalalkan perbuatan ini demi meraih undi politik.
 

Isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sehubungan itu kenyataan Guan Eng dan sekutunya dalam PR perlu dipersoalkan kerana jelas cuba mencabar keputusan Majlis Fatwa.
 

Tindakan biadab Guan Eng dan sekutunya dalam PR ini seperti cuba mencairkan identiti dan agama Islam secara terus. Tiada keperluan untuknya mencampuri urusan kesucian agama Islam.
 
Jika ini tidak ditangani sudah tentu boleh mengelirukan masyarakat terutama kepada generasi muda yang masih cetek kefahaman mengenai Islam sekali gus menjurus kepada elemen murtad, nauzubillah.....