Tuesday, February 26, 2013

Siapa punya trailer-trailer mewah ini? #1Malaysia #TolakPR

Treler Fitnah PR Sudah Siap Untuk Menabur Rasa Jijik #1Malaysia #TolakPR



Ini bukan fitnah tapi kenyataan.  Trailer Mewah panjang puak-puak PR (Pakatan Rosak) telah bersiap sedia untuk memulakan jelajah dari satu negeri ke negeri lain.  Trailer-trailer mewah ini digunakan untuk menabur fitnah dan memburukkan kerajaan.

Walaupun pemimpin PR kini dilihat mewah seperti 'OKB (Orang Kaya Baru)' namun mereka tetap juga meminta wang daripada orang ramai melalui ceramah mereka.  Kalau Anwar Ibrahim boleh bayar sewa jet berpuluh ribu, MB Khalid Gagap pula boleh beli bas peribadi, YB Zuraidah dengan sekelip mata mempunyai pelbagai kenderaan mewah TETAPI rakyat di Selangor contohnya sehingga sekarang masih menuntut janji-janji PRU12 yang belum ditepati.

 PAS hari ini melancarkan trak ‘Negara Berkebajikan’ yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.

Apa yang menghairankan kita pada badannya tertulis “Negara Berkebajikan’ dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng namun jika diperhatikan pada badan trailer DAP dan badan Bas PKR tiada pula gambar Presiden Pas ini.