Keceluparan
mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak
sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari
sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah
tidak boleh diterima.
Kecetekan
akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan
politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan
rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.
Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah
Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat
kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap
penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan
terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil
kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.
Tindakan
menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan
protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput
sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info,
penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.
Razlan
yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut
mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini.
Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi
Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai
perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal
di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan
Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan
sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang
lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk
meringankan beban rakyat.
Menurut
beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan
BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari
pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara
pesat.
Satu
nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang
gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan
tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji²
kerajaan BN.