Thursday, February 14, 2013

Nak tahu kenapa 'mahasewel' dihalau penduduk kampung? @khaled_nordin @UIAMSiswaH20 #1Malaysia #TolakPR

Mahasewel yang tidak beradab

Baru-baru ini kecoh apabila sebuah blog PR yang menceritakan kononnya Gerakan Mahasiswa PRU13 (penulis menggelarkan mereka "Mahasewel")  ini diserang di suatu rancangan Felda di kawasan Parlimen Pekan.  Tetapi sebenarnya inilah "ilmu" atau strategi yang diturunkan oleh Ketua Umum mereka iaitu dipanggil "ilmu auta alam".

Setelah disiasat dengan terperinci tiada pun parang yang menetak mereka.  Mereka ini sebenarnya mungkin tidak faham budaya penduduk kampung maklumlah budak bandar "terpelajar".  Amalan membawa parang di pinggang adalah perkara biasa bagi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja kampung.  Rata-rata mereka ini mengusahakan kelapa sawit dan bercucuk tanam.  Nasib baik tak bawa cangkul.




Ditambah  pula penduduk kampung di kawasan berkenaan memang kurang senang dengan kehadiran "Mahasewel" ini.  Kerana mereka hadir semata-mata mengedarkan risalah yang memfitnah kerajaan.  Masuk kampung orang kalau tak bagi salam macam inilah jadinya.



Mahasewel ini mungkin berpandangan bahawa penduduk kampung di sini mungkin senang untuk diperbodoh dan ditipu bulat-bulat.  Tetapi pandangan mereka silap.  Penduduk Felda ini bijak dan tahu yang mana betul dan yang mana fitnah.

Oleh sebab itu mereka dihalau oleh penduduk kampung ini.  Tetapi mereka mendakwa diserang dengan parang.  Itulah, mak bapak hantar belajar universiti diorang buat kerja untuk merosakkan kerajaan.  Mungkin mereka lupa atas dasar kerajaan jugalah orang Melayu ada kuota ke universiti.