Tuesday, February 26, 2013
Nak tahu kenapaTeresa Kok panas hati dengan warga Seputeh? #1Malaysia #TolakPR
Sejak kebelakangan ini dapat dilihat sokongan warga Seputeh terhadap program Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertambah baik menjelang PRU13, lebih-lebih lagi apabila wakil rakyat mereka YB Teresa Kok kerap berada di luar negara dan amat jarang sekali balik melihat kawasan Seputeh.
Mungkin juga atas tanggungan jawatan yang begitu banyak menyebabkan beliau tiada masa untuk warga Seputeh.
Apapun, warga Seputeh bernasib baik kerana kebajikan mereka tetap dijaga oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini dapat dilihat dalam program BR1M 2.0 kali ini.
Bertempat di dewan masyarakat Tmn Desa, ribuan orang hadir untuk mendapatkan BR1M kali ini..
YB Teresa Kok pasti lebih sakit hati apabila majoriti yang hadir pada kali ini adalah rakyat berbangsa Cina. Ini pada pendapat penulis menunjukkan rakyat berbangsa Cina menerima baik program - program kerajaan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan.