Tuesday, February 12, 2013

YB @n_izzah tiada kerja di Lembah Pantai-Kantoi lagi @RajaNongChik @razlanrafii #1Malaysia #TolakPR


Dalam kita semakin hampir menuju PRU13, nampaknya ada wakil rakyat sudah mula cuak dek kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya serta pelbagi konterversi yang dicipta oleh mereka yang menampakkan 'sikap sebenar' mereka.

Itulah yang berlaku di Parlimen Lembah Pantai apabila sudah kering idea,YB @n_izzah cuba pula menggangu Datuk Raja Nong Chik menabur bakti kepada rakyat dengan mengajakya untuk berdebat baru-baru ini.



 
Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak pelawaan Nurul Izzah untuk berdebat kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Selain itu, katanya, seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat.

"Kita ahli kabinet tak digalakkan untuk berdebat. Kalau dia kata dia buat kerja, cakaplah apa kerja dia. Senaraikan. Tak payah nak debat. Lepas tu biarkan pengundi yang putuskan. Apa nak debat lagi.

"Cakap apa kerja yang dia buat. Asyik nak tumpang selepas apa yang saya buat.

"Saya rasa tak perlu debat. Pilihan raya nak dekat dah. Kita putuskan masa pilihan raya sahajalah. Apa nak debat-debat lagi. Rakyat akan menilailah apa yang dia dah buat," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tempoh pajakan tanah kepada penduduk Kampung Pasir, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mencabar menteri wilayah dan kesejahteraan bandar itu untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Raja Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

Raja Nong Chik berkata demikian kelmarin sebagai mengulas mengenai pretasi yang ditunjukkan Nurul Izzah di kawasan Lembah Pantai.