Thursday, February 14, 2013

Sila dengar hujah/pandangan ulamak tentang hukum BUKAN ahli politik! #1Malaysia #TolakPR


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada PAS pada PRU 13 nanti adalah HARAM.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan(ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang PAS adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islma dan memperjuangkan sekularisme.



Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh PAS selama ini.


Pengasa Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali malah demi politik para pemimpin PAS seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti tiu berdosa dalam hukum.  Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam dan kita mahu PM dan TPM orang Islam maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS.  


"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk 4 kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan.  Kesemua kita ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan mendaulatkan Islam.  Ia adalah kalimah suci.




PAS juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.