Friday, November 30, 2012

UMNO Gesa Pakatan Jangan Perlekehkan Isu Agama & Bangsa Demi Politik@umbkl@NajibRazak#PAU2012



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau bersama-sama pimpinan UMNO akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.

Beliau juga berjanji akan terus mempertahan akidah umat Islam dan memelihara agama yang suci ini.

"Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan rasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan "Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional" pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini.

Beliau berkata UMNO juga tidak akan berundur daripada terus berbakti kepada rakyat Malaysia walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," kata Najib.

Dalam ucapannya itu, perdana menteri turut memperlihatkan sikap rendah dirinya apabila meminta maaf bagi pihak kepimpinan parti dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.

"Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah disandung atau tersalah.

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan 10 memohon maaf atas kekhilafan," katanya.

Ucapan Dasar Presiden UMNO Mantap! #PAU2012 di Dewan Merdeka PWTC@umbkl@NajibRazak



Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini:

* “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* “Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* “Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* “Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* “Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* “Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* “Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* “Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."

* “Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* “Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* “Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* “Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* “Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* “Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat.

Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* “Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* “Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* “Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* “Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* “Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* “Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."

Wednesday, November 28, 2012

10 Perkara Penting Dalam Ucapan Dasar KJ @umbkl #PAU2012






10 perkara utama dalam ucapan dasar KJ adalah seperti berikut:

1. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda.

Pemuda juga meyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dirangka khusus untuk mempertingkatkan keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta.

2. Isu kebanjiran buruh asing dalam Negara. Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sector lain, lebih-lebih lagi sector perkhidmatan.

3. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatan Berjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga standing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar Negara. Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan.

4. Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat, agar bantuan zaqkat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

5. Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustran Bumiputera terutamanya di kalangan usahawan dan professional muda. Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar termasuklah menjawat jawatan lembaga pengarah GLC.

6. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda, adalah apabila mereka terjerat dalam hutang dan akhirnya diistiharkan muflis dalam usia muda. Mereka gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatory untuk golongan bangkrap ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat, tapi gagal.

7. Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta PR1MA. Namun ada 2 isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama, unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua tentang system cabutan ballot. Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang.

8. Cadangan Pemuda yang kelapan adalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logic untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Pemuda juga mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai.

9. Cadangan yang kesembilan pula , Pemuda menggesa agar YAB PM tetap istiqamah dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integrity, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu kini dan selamanya.

10. Cadangan kesepuluh merupakan satu initiative khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiative terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan.



Akhir kata ucapan dasar KJ berbunyi:

Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Perasmian Persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO 2012 @umbkl@MuhyiddinYassin#PAU2012

Ucapan Perasmian oleh TPM


Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ucapan bertajuk “Bersama Melakar Kemenangan”.  Antara intipati dan perkara asas yang diucapkan oleh beliau:

  • Politik perkongsian kuasa
  • Kebijaksanaan Politik UMNO: Muafakat untuk berkongsi kuasa
  • Pembangkang tiada persefahaman, tiada muafakat
  • Cabaran Ideologi:  Islam, kebebasan dan demokrasi



Pengerusi UMBWP Lawat Perwakilan B.Bintang Kemalangan@razlanrafii@umbkl#PAU2012

Pengerusi UMBWP Sdr.Razlan melawat perwakilan Bukit Bintang

"Malang tidak berbau" itulah yang dihadapi oleh seorang perwakilan Pemuda UMNO Bukit Bintang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.  Keinginan beliau untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 mungkin terbantut sekiranya masih ditahan di wad dan bergantung kepada laporan pegawai perubatan.
Atas keprihatinan Pengerusi UMBWP merangkap Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Sdr.Razlan dan 'team'nya telah hadir bagi memberi sokongan moral kepada mangsa kemalangan tersebut.

Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA Sempena #PAU2012



Bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam telah menganjurkan Majlis makan tengahari perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO 2012 & Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA di Dewan Tun Razak 2. 

Pelancaran BNY Kampus ini sebenarnya digeruni oleh puak pembangkang apabila melihat mahasiswa bersama BN!

Tuesday, November 27, 2012

Pentas Keramat Pemuda Akan Bergegar Lagi@umbkl #PAU2012

KJ sudah pasti memberi tonik berharga kepada seluruh perwakilan pemuda

Pemuda UMNO akan menjadikan perhimpunan kali ini sebagai platform untuk meniupkan semangat dan memberi penerangan kepada ahli parti supaya tingkatkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naik semangat ahli

“Bagi saya, perhimpunan kali ini amat penting untuk digunakan sebagai peluang menaikkan semangat ahli dan jentera parti bagi menghadapi PRU akan datang. Ia bagi memastikan persiapan akhir dalam tempoh beberapa bulan sebelum PRU diadakan digunakan dengan baik.

“Ia termasuk memastikan segala persiapan sama ada jentera, logistik dan hujah di kawasan masing-masing dapat dijalankan dengan mantap,” katanya.

Dalam pada itu, perhimpunan berkenaan juga menjadi peluang kepada UMNO untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat khasnya ahli parti dan perwakilan mengenai perbandingan di antara apa yang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tawarkan dengan janji yang ditabur pembangkang.

“Ia akan menjadi medan untuk kita perjelaskan kepada rakyat sama ada janji itu realistik atau tidak. Kita akan memberi hujah kepada rakyat supaya mereka boleh menilai pilihan mana yang lebih baik,” katanya.

Walaupun begitu, beliau mengingatkan pembahas supaya tidak melepaskan peluang kali ini untuk menyampaikan hujah dan penerangan secara berhemah serta penuh intelektual.

Sebagai sayap yang mewakili suara generasi muda, beliau mahu hujah dan penjelasan yang disampaikan pembahas dapat memberi kesan kepada pengundi khasnya golongan muda.

Ini kerana, golongan itu perlu diberikan gambaran jelas mengenai pilihan yang ada di depan mereka pada PRU akan datang. Justeru, penyampaian hujah dan penerangan perlu bersandarkan kepada idea bernas dan tidak terlalu retorik.

“Perbahasan kita dibuat secara umum iaitu ada satu usul menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda. Saya memberi kebebasan kepada pembahas tetapi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.

“Ini adalah pentas keramat. Kita perlu tunjuk dan buktikan yang Pemuda betul-betul berupaya mempersembahkan kepemimpinan dan idea intelektual.

“Pembahas perlu membuat kajian dan penyelidikan supaya apa yang disampaikan itu memberi kesan. Memang gaya penyampaian itu penting tetapi kalau tidak ada isi, tidak ada maknanya,” katanya.

Kesungguhan beliau untuk memastikan golongan muda yang juga pengundi muda mendapat kefahaman yang jelas amat ketara apabila mahukan pembahas lebih bersedia melontarkan idea dan cadangan yang jitu.

“Sekarang ini, kita berdepan dengan peperangan idea dan minda. Kita hendak memastikan hujah kita disampaikan dengan jelas supaya perwakilan yang hadir dapat membawa balik hujah ke kawasan masing-masing untuk mematahkan ceramah dan penerangan pembangkang, sekali gus dapat mengambil hati generasi muda,” katanya.

Ini kerana, katanya pengundi muda adalah golongan yang akan menentukan keputusan PRU akan datang. Justeru, golongan itu perlu mendapat gambaran jelas mengenai pilihan ada di depan mereka. Bagi Khairy, perhimpunan ini adalah pentas dan peluang terbaik UMNO dan BN untuk menyampaikan pandangan kepada golongan berkenaan.

Tumpu kelompok atas pagar
Namun begitu, beliau tidak meletakkan harapan tinggi kepada mereka yang taksub dan sudah tertutup mata serta hati terhadap kebaikan yang UMNO lakukan.

“Keutamaan saya ialah kelompok atas pagar. Mereka yang buta hati terhadap kebaikan dibawa UMNO, saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka.

“Tetapi bagi saya, majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan akan menjadi sasaran.

Ketika ditanya mengenai agenda dan isu yang bakal dibangkitkan Pemuda, antara yang akan diberi penekanan ialah bagaimana hendak melahirkan pemimpin pelapis yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan UMNO.

“Saya amat sensitif dengan soal kesinambungan (kepemimpinan), maka antara perkara yang akan disentuh adalah bagaimana hendak melahirkan pemimpin pelapis.

Menyedia pewaris parti

“Ini bukan satu keperluan yang mendesak sebab untuk menghadapi PRU akan datang, kita sudah membuat persiapan secukupnya. Tetapi bagaimana hendak melahirkan pemimpin bagi penggal akan datang dan dua penggal selepas itu.

“Sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN, tugas saya selain daripada menarik sokongan kepada UMNO adalah menyediakan pewaris parti, pemimpin pelapis.

“Sekarang ini saya sudah sampai ke hujung penggal pertama saya. Saya kena mula berfikir siapa dan di mana barisan Pemuda akan datang. Proses melatih pemimpin memang perlu bermula sekarang,” katanya.

Sesuai dengan suasana politik tanah air yang agak kritikal selepas PRU 2008 khasnya apabila pembangkang menjadikan UMNO dan BN sebagai sasaran serangan politik mereka, Pemuda katanya tidak akan meminggirkan agenda bagaimana hendak menangkis serangan itu.

Dalam hal ini katanya, UMNO tidak boleh terlalu bersikap bertahan kerana ada beberapa perkara dan isu yang ditimbulkan pembangkang sebenarnya tidak menyebelahi mereka.

Justeru, Pemuda akan menumpukan usaha dalam perhimpunan kali ini untuk menangkis serangan pembangkang menerusi hujah yang realistik dan membina.

“Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat yang kita sudah belajar daripada kesilapan lalu dan pada masa yang sama banyak perubahan sedang dilaksanakan di bawah program transformasi BN.

“Kita juga akan mengaitkan pelbagai kemelut melanda empat negeri dikuasai pembangkang yang sebenarnya menjadi bukti bahawa mereka ‘cakap tidak serupa bikin’,” katanya.

Tentatif Perhimpunan Agung UMNO 2012 @umbkl #PAU2012


TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden 
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pendaftaran Perwakilan 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung 
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC 

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN 
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 
Anjung Merdeka 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat) 
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC 

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam 
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC 

GERAI JUALAN 
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam 
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

Monday, November 26, 2012

"Geng Hijau" Cuba Cetuskan Huru-hara di Sekitar KL

Apa gunanya mahkamah jika keputusan tidak hormati. 
Apa gunanya undang-undang jika tiada yang mengikuti.
Apa gunanya akal jika diletakkan dibontot.
Menjadi Komunis adalah lebih baik.

Sekarang Pakatan Pembangkang cuba membuat huru hara di PWTC. Setelah gagal untuk menuntut menutup Lynas kerana keputusan mahkamah yang lepas, kini puak yang biadap ini dikira menghina keputusan mahkamah. Perarakan ini ditunjangi oleh cina DAP.
Saya beranganggap mereka ini menghina keputusan mahkamah meluluskan agar operasi Lynas diteruskan kerana mereka telah mengadakan perarakan dari Kuantan untuk menuju ke Kuala Lumpur untuk menimbulkan kekecohan.

Singgah di Taman Melewar
Menurut sumber, kumpulan Anti Lynas ni dah mulai berkumpul semalam di Markas PAS Taman Melewar malam semalam. Dan dari sana mereka mengumpul kumpulan berarak menuju ke Kota Bandaraya, Kuala Lumpur.

Mereka tidak hormati keputusan Mahkamah

Terdapat ura-ura, kumpulan ini akan berarak menuju ke PWTC di mana tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2012. Mungkin ini salah satu strategi mereka untuk mendapatkan perhatian ramai dengan cara menceroboh majlis orang.

Namun kepastian mengenai perkara tersebut masih lagi tidak dapat diconfirmkan. Cuma sekarang ini mereka hanya berkumpul secara aman di Dataran Merdeka walaupun tanpa kebenaran dari pihak berkuasa.

Menyesakkan jalan raya menuju pusat bandar

Himpunan Barisan 1Malaysia Kukuhkan Hubungan Sesama Kaum@umbkl@NajibRazak@ahmadmaslan #PAU2012

Rakyat negara ini harus memilih Kerajaan Barisan Nasional kerana ia boleh dipercayai dan mampu menjamin masa depan negara untuk terus maju dan berjaya.
Hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu berbuat demikian dan telah terbukti sejak dulu lagi dapat membela nasib dan kepentingan untuk semua kaum yang ada sehingga ke hari ini.  Ini merupakan dasar Kerajaan BN untuk mempastikan tidak ada kaum yang terpinggir serta hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.










udah menjadi dasar kerajaan BN untuk memastikan tidak ada kaum yang terpinggir serta hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.
Katanya, dasar tidak pilih kasih dan adil itu membuatkan rakyat Malaysia dapat hidup sempurna dan bahagia serta tidak ada masalah-masalah besar yang timbul melibatkan kepentingan kaum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121124/po_01/Jangan-salah-pilih-kerajaan---TPM#ixzz2DI0SPynW
© Utusan Melayu (M) Bhd
PAGOH 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya memilih kerajaan yang boleh dipercayai dan mampu menjamin masa depan negara ini untuk terus maju dan berjaya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada kerajaan mampu berbuat demikian melainkan Barisan Nasional (BN) yang terbukti membela nasib dan kepentingan semua kaum sehingga ke hari ini.
"Oleh sebab itu jika kita mahu masa depan lebih terjamin, saya kira yang paling penting rakyat mesti faham, mesti tentukan sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, mesti yakin dengan kerajaan yang mampu menolong kita.
"Saya kira tuan-tuan dah mesra dengan BN pun, tentu tidak ada kerajaan yang lebih mampu dan berupaya selain BN untuk membela nasib semua kaum di Malaysia," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh dan ADUN Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, sudah menjadi dasar kerajaan BN untuk memastikan tidak ada kaum yang terpinggir serta hak dan kepentingan mereka tidak diabaikan.
Katanya, dasar tidak pilih kasih dan adil itu membuatkan rakyat Malaysia dapat hidup sempurna dan bahagia serta tidak ada masalah-masalah besar yang timbul melibatkan kepentingan kaum.
"Walaupun menganut pelbagai agama dan kepercayaan tetapi matlamat kita adalah sama iaitu sama-sama membantu rakyat tidak kira apa kaum atau keturunan supaya dapat hidup dalam keadaan lebih sempurna.
"Juga supaya tidak hidup dalam kegelapan, tidak hidup dalam kesusahan, tidak hidup dalam kemiskinan. Mereka harus dapat peluang dan kesempatan untuk hidup lebih baik kalau dibandingkan dengan masa-masa lalu," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyelar tohmahan dan fitnah pihak pembangkang yang menyatakan perancangan kerajaan untuk menjadikan Pagoh sebagai hab pendidikan adalah satu penipuan kerana sehingga kini masih tidak ada perkembangan baharu.
Muhyiddin berkata, hab pendidikan itu adalah satu projek mega bernilai lebih RM1 bilion khusus untuk pembangunan dalam kawasan Johor utara, justeru pelaksanaannya perlu mengambil masa.
Beliau memberitahu, kerja-kerja membinanya dimulakan pada awal tahun depan dan lima buah universiti termasuk politeknik akan didirikan, menelan kos RM3 bilion atau RM4 bilion.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121124/po_01/Jangan-salah-pilih-kerajaan---TPM#ixzz2DHzAEHl

Transformasi Mahasiswa Hari Ini Penentu Hala Tuju Bangsa Melayu@umbkl@shaberycheek #PAU2012


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Makan Malam Biro Kelab UMNO Luar Negara (KULN) & Biro IPT di PWTC.

Program bertemakan Transformasi Mahasiswa Memperkasa Bangsa dilihat sangat memberi impak yang bagus untuk golongan remaja & belia yang kebanyakan masih lagi menuntut di Universiti & Pusat Pengajian seluruh dunia. Tema tersebut jika dilihat secara mendalam sebenarnya menjurus kepada peranan pelajar itu sendiri hari ini yang bakal menentukan masa depan bangsanya sendiri.

Dalam konteks ini, UMNO merupakan satu-satunya parti yang memegang dan memperjuangkan bangsa Melayu di dunia ini. Bertepatan dengan itu, pembentukan umat Melayu yang lebih berjaya pada masa akan datang bermula dengan gerakan transformasi dalaman kelompok mahasiswa itu sendiri yang bakal mencorakkan hala tuju bangsa Melayu nanti.

Mungkin ia nya terlalu biasa didengari tetapi sebenarnya ia jauh lebih bermaksud pada masa akan datang jika golongan mahasiswa hari ini sedar akan tanggungjawab tersebut.

Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara YB Datuk Seri Shabery Cheek dan YB Dato Razali Ibrahim merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO M'sia.

Satu perkara yang perlu golongan muda hari tanamkan dalam jiwa. Otak yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T hendaklah digunakan sebaiknya untuk menangani andai terdapat anasir-anasir buruk yang cuba menodai perpaduan bangsa dan kesucian agama Islam.

Dalam masa yang sama, gunakanlah kecerdikan otak untuk membantu dan meningkatkan taraf ekonomi bangsa Melayu dan lindungi kesucian Islam daripada dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saturday, November 24, 2012

@anwaribrahim Pening Lagi Gara-gara Menteri Luar Australia @umbkl

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak dan memakan diri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

Penulis melihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

Persoalannya, KENAPA perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama.

KENAPA dalam beberapa pilihanraya kecil yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang mahupun beberapa negeri yang berjaya mereka tawan TIDAK pula menghentam SPR?

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Friday, November 23, 2012

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Tabung #SaveGaza #AmanMalaysia@NajibRazak@umbkl

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT majlis petang semalam berjalan seperti yang dirancang.  Penderitaan saudara Islam kita di Palestin seperti kanak-kanak, kaum wanita dan banyak lagi mereka-mereka yang tidak bersalah sekurang-kurangnya dapat diringankan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Oleh itu, penulis menyeru kepada seluruh pembaca agar dapat memberi sedikit sumbangan melalui Akaun CIMB Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia 1420-0008541-05-8..  Semoga Allah merahmati kita semua.  Tolong hebahkan.

Exclusive Time did tell-@rafiziramli violated BAFIA before Salleh was brought to court @umbkl@FabAz88


The Shah Alam High Court was told Monday that PKR strategy director Rafizi Ramli should have lodged a report under the Whistleblower Protection Act 2010 instead of going public with his claims about National Feedlot Corporation (NFCorp). DPP Nahra Dollah said the complainant Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail who is NFCorp director must have his interest as a bank customer protected despite a matter against him. Rafizi’s lawyer argued that Salleh was not entitled because he had been charged. What is important to note is that Rafizi Ramli had committed the BAFIA breach before Salleh was brought to court. This crucial point in time makes very clear that Rafizi was in absolute breach of BAFIA at the material moment.
What is also important to note is that on 7 March 2012, the day of the BAFIA breach, Rafizi Ramli had used the bank documents to allude to loans taken for eight KL Eco City office lots. The news conference Rafizi held was to drum up the drama to more properties bought with loans leveraged on NFCorp. This was never the truth as no loans were ever taken by NFCorp nor by Dr Salleh from Public Bank. Rafizi’s brouhaha and bluff were aimed at riling the public and to instigate the authorities to take action against Salleh.
The adage that ‘a man is innocent until proven guilty’ holds true to this very day. Salleh has yet to be found guilty of any wrongdoing and is therefore like every other person entitled to legal representation in court to clear his name. And until his trial unfolds, Salleh is presumed innocent. The fact is that the purchase of the KL Eco City properties had nothing to do with NFCorp. No loans were taken from Public Bank either. Therefore, there was never any leverage as claimed by Rafizi Ramli.
In court, Rafizi's lawyer R Sivarasa said, "The applicant (Rafizi) wasn't making frivolous, unsubstantiated claims."
But Rafizi was making frivolous lies, distortions and misrepresentations

The bank account summaries that Rafizi exposed had nothing to do with loans hedged on NFCorp deposits. The bank accounts raised by Rafizi were for private loans that go back as far as 2005, long before NFCorp was established, and 2008, long before KL Eco City properties went on sale in 2011. Rafizi lied, distorted and misrepresented and misrepresented his evidence to discredit Salleh and his entire family.
Section 97 of BAFIA says Rafizi is guilty

R Sivarasa argued, “[Admittedly], an individual’s banking information is secret. But if this person faces charges of criminal breach of trust (CBT) or a crime, this right to secrecy is immediately taken away.” BUT nothing under Section 97 of BAFIA says that protection is removed. There is no provision for this contention. So Rafizi Ramli remains as charged for his BAFIA violation.
Rafizi Ramli broke the law, illegally obtaining 21 bank documents of corporates and individuals for public dissemination. His statements at his news conference were paint with ploy to garner more brownie points for his political agenda. For months, Rafizi was not taken to task for his bold and brazen ways. As a result, Rafizi was under the delusion that he could continue with his whim and fancy, playing hero with confidential bank documents to hype up public interest to build his political brand.
The powerful Bank Negara Malaysia, guardian and regulator of Malaysia’s banking and financial system, unfortunately took a very dim view of his strategy and tactics. The guilt was enormously evident. On 1 August, the central bank and the police did a dawn raid. Rafizi was arrested and charged.
Quite simply, this is a case of Rafizi irresponsibly and flagrantly flouting the law. It had nothing to do with whistleblowing, not at all. And it also had nothing to do with NFC or NFCorp. Rafizi was alluding to loans taken by Salleh for KL Eco City office lots that never existed.
As a result, Rafizi was charged under Section 97(1) of the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) for disclosing customer account profiles detailing bank balance summaries.  The provisions of BAFIA’s Section 97 state,
Secrecy

97. (1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register, correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information or document whatsoever relating to the affairs or account of such customer.
97. (3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.
What Bank Negara Malaysia said

Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz said, “It was only when there is a suspected offence under federal law or if there is a court order or where a customer has given consent, that relevant law enforcement agencies are authorised under the law to obtain information. This information must be obtained through Bank Negara Malaysia, and if the central bank says there is no foundation for it, the information will not be given.”
In Rafizi’s case, BNM had not given consent to him. Neither did Public Bank nor the account holders. And neither did he qualify as an enforcement officer to be entitled to bank customer information.
What bankers said

The Association of Banks in Malaysia pointed that client confidentiality or secrecy must be upheld at all cost. Chairman Datuk Seri Abdul Wahid Omar said it was a fundamental aspect of a bank customer relationship. "It forms the main pillar of integrity and confidence in the banking system. It must be preserved and cannot be compromised.
“Banks not just in Malaysia but worldwide, have zero tolerance towards any breach of banking secrecy.”
Only a full trial and nothing less

Only a full trial will restore the respect for Malaysia’s banking and financial system regarded as among the best in this part of the world. It cannot for one moment, be allowed to be destroyed by the political motives of selfish individuals.


The court should expedite Rafizi Ramli’s BAFIA case. It would be imperative for the court to reassure not only the public, but businesses, multi nationals, and investors with its findings and the consequent corrective action. 

Thursday, November 22, 2012

Pelancaran Tabung Save Gaza Aman Malaysia #SaveGaza #AmanMalaysia @umbkl

Penderma boleh juga sampaikan sumbangan melalui akaun Pertubuhan  Keamanan Rakyat Malaysia (CIMB Bank:   1420-0008541-05-8)
Ayuh rakyat Malaysia.  Tunjukkan sokongan anda.  Semua dijemput hadir(tanpa mengira ideologi politik) esok 22/11 ke Prog Pelancaran Tabung Gaza Aman Msia pada jam 530pm di Perkarangan PWTC(bersebelahan Riverside).  Seterusnya akan diadakan solat magrib&bacaan yassin serta solat hajat bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT.   Kehadiran anda semua amatlah diharap sebagai tanda sokongan kita kepada saudara Islam Palestin.  

Kezaliman rejim zionis

Wednesday, November 21, 2012

RALAT-Tarikh&Tempat Ceramah Rakyat" Kebebasan Menukar Agama "Telah Diubah @umbkl@TengkuAdnanReal

Mohon maaf. Atas faktor yang tidak dapat dielakkan, pihak penganjur terpaksa mengubah tarikh&tempat  Ceramah Rakyat "Kebebasan Menukar Agama".  Butiran lanjut seperti dibawah;
Poster baru ceramah rakyat

Tarikh:  23/11/2012    BUKAN   24/11/2012
Tempat:  Dewan Putra Harmoni (Flat Hijau)
Masa:  8.30 malam
Penceramah:  Ybhg Dr Fairuz Khairuddin, mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang (sama)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr.Ahmad Faisal (019-3566945)