Monday, November 12, 2012
Majlis Berkhatan Anjuran UMNO Bah.Putrajaya Meriah
Ahli Parlimen Putrajaya YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai buat penduduk sekitar Putrajaya. Ini merupakan antara inisiatif YB dalam meringankan beban ibubapa dalam menguruskan hal anak-anak mereka. Selain itu, pada majlis ini YB turut bermurah hati memberi sedikit sumbangan seperti wang saguhati, kain pelikat, air zam-zam serta pulut kuning kepada para peserta bagi meraikan mereka semua. Untuk pengetahuan, acara ini merupakan acara tahunan yang dibuat oleh pihak UMNO Bahagain Putrajaya. Terima kasih YB, warga Putrajaya akan sentiasa bersama UMNO.