Penulis semalam sempat singgah ke Rumah Terbuka Deepavali MIC di Batu Cave. Ternyata sokongan masyarakat India terhadap MIC dan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dari masa ke semasa sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Inilah dia "Anugerah Tuhan" |
Beliau yakin, sokongan masyarakat India telah kembali kepada BN dan jumlah itu semakin meningkat hampir di semua kawasan.
Setiap kali BN anjurkan program, beribu yang hadir untuk turut serta seperti pada hari ini, lebih 10,000 hadir. Masyarakat India hari ini telah kembali menyokong BN dan sokongan terhadap pihak pembangkang pula semakin berkurangan.
Turut hadir di majlis ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta pemimpin-pemimpin komponen BN.
PM juga telah mengumumkan untuk membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Batu Caves sekiranya BN mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum nanti. Penulis merasa hairan kenapa kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu meneruskan projek itu kerana ianya jelas menjejaskan kuil di Batu Caves.
Ramai masyarakat India yang membantah projek tersebut dan mereka menyambut baik ketegasan Perdana Menteri untuk membatalkannya apabila BN merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Projek ini amat bahaya kerana dibina di kawasan berbukit serta berhampiran dengan kuil Batu Caves dan khuatir dalam jangka masa panjang, kondominium yang dibina boleh runtuh.
Dalam pada itu, Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, langkah untuk menjadikan kompleks Batu Caves sebagai Tapak Warisan Dunia disambut baik oleh seluruh masyarakat India dan berharap dapat dilaksanakan seperti dijanjikan pada 2015.