Monday, November 19, 2012

Parlimen Tangga Batu, Melaka Juara Futsal@mohd_ali_rustam@razaliibrahim@shaberyc@AzhaABM@umbkl


Tahniah Parlimen Tangga Batu, Melaka!  Dalam final kategori lelaki, Parlimen Tangga Batu dari Melaka menjinakkan Parlimen Wangsa Maju 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik masa sebenar perlawanan tamat.

Penjaga gol Tangga Batu, Razman Razak muncul wira apabila berjaya menggagalkan sepakan penalti penyerang lawan, Azrul Hanif.
Lebih manis, Razman berjaya muncul Penjaga Gol Terbaik kejohanan kategori lelaki dan berkongsi kejayaan bersama rakan sepasukan, Abu Haniffa Hassan yang muncul Pemain Lelaki Terbaik.

Kesemua hadiah dan trofi disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Khadijah Mohd. Yasin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zai- don Asmuni dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Dr. Mohd. Ghani Mohd. Yusof.
Pengurus Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa ternyata gembira apabila anak- anak buahnya berjaya melunaskan ‘dendam’ terkandas di pusingan kedua sebanyak dua kali berturut-turut sejak kejohanan edisi pertama pada tahun 2010.

Ini merupakan pencapai-an terbaik mereka selepas muncul juara Kejohanan Jemputan Futsal Piala Tiger di Vietnam bulan lepas.
Terdahulu, Tangga Batu menempah slot ke final selepas mengejutkan juara bertahan, Puchong dengan keputusan 2-1 pada peringkat separuh akhir.
Parlimen Puchong pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga kali ini apabila menewaskan Kuala Langat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi penentuan tempat ketiga selepas terikat tanpa jaringan.
Dalam pada itu, pengurus Parlimen Wangsa Maju, Maizuri Mahayuddin akur dengan kekalahan pasukannya yang disifatkan kurang bernasib baik kali ini.