Sunday, November 4, 2012

Ya Allah, Satukanlah Melayu @razlanrafii @Khairykj

Orang Melayu di negara ini perlu bersatu padu memberi sokongan penuh kepada perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum kelak.

Penulis merasakan sokongan itu perlu memandangkan UMNO merupakan sebuah parti yang telah berjaya menjaga kekuatan Melayu selama ini dan ia juga selari dengan perjuangan Perkasa.

Negara kini sedang menghadapi ancaman besar disebabkan pergolakan politik yang telah dicetuskan pihak pembangkang sehingga menyebabkan orang Melayu semakin berpecah.

Sekiranya orang Melayu masih belum bersatu dan memberi sokongan kepada UMNO, tidak mustahil nanti tiga keistimewaan yang diperjuangkan selama ini seperti hak orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan raja akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.