Friday, November 9, 2012

MB Selangor @Khalid_Ibrahim Tak Mahu Bersetongkol Dengan @n_izzah


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini

Beliau berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.

" Saya menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki umatnya meninggalkan agama.

"Kita mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.


Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam negeri turut bersetuju sekiranya Nurul Izzah tampil untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya itu.

"Setiap laporan yang dikeluarkan media berhubung isu ini adalah berbeza-beza dan saya tidak pasti mana kenyataan yang benar. Oleh itu saya bersetuju sekiranya beliau (Nurul Izzah) mahu memberikan penjelasan mengenai perkara itu," katanya.