Sunday, November 18, 2012

Berdoa Untuk Bumi Palestine Lebih Mulia Daripada Menghancurkan Sesama Islam@nikabdulaziz@harakahdaily


Gaza bermandi darah lagi.  Hujan peluru terus membasahi bumi Palestine.
Syuhada’… Syuhada’…
Kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa
Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Sakit mata melihat saudaraku ditindas dan terus dizalimi.
Kadang-kadang penulis  rasa ia seperti tidak punya sebarang makna.
Hanya mampu melihat dari jauh kezaliman yang berlaku..hanya mampu mendengar di kaca tv mahupun di youtube tentang tangisan saudaraku.
Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terlintas di hati mereka rasa bersalah menzalimi rakyat Palestine.
Apa yang mampu kita lakukan? Hanya berdoa supaya Allah SWT dapat menyelamatkan bumi Palestine ini.
Bangkitkanlah semangat untuk teruskan berdoa dan berjuang untuk saudara kita GAZA. Teruskan berDOA wahai sahabat, jangan berputus asa!
" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri "