Friday, November 16, 2012

Muktamar PAS Terus Membisu Dalam Isu Akidah Hanya Minat Tawan Putrajaya@umbkl

Muktamar PAS hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi. 
 
Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.

Secara dasarnya, Ulamak PAS seolah-olah mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 kali ini.

Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar.

Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.

Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.

Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.

Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata? Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.

Sebenarnya, tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.