SHEB dibawah kendalian Sdr.Tengku Azman, Ketua Pemuda Bukit Bintang merangkap Exco Pemuda UMNO Msia sekali lagi menjalankan usaha untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai BRIM 2.0. Baru-baru ini mereka sekali lagi membuka kaunter di Jalan Masjid India (kawasan tumpuan orang ramai) untuk mengedarkan borang BRIM 2.0. Walaupun kaunter ini telah dibuka dari jam 5pm hingga jam 7pm, sebanyak 200 borang telah berjaya dikeluarkan termasuk yang mendaftar secara online.
Tengku Azman memberi penerangan kepada orang ramai |
Sasaran mereka sudah pastilah golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas tetapi mereka juga turut memberi maklumat serta bantuan kepada sesiapa sahaja yang singgah ke kaunter mereka tidak kira bangsa, parlimen berdaftar mahupun parti yang di sokong oleh individu.
Selain itu, SHEB juga turut mengedarkan makanan secara PERCUMA kepada gelendangan (homeless) di sekitar kawasan ini.
Makanan PERCUMA untuk 'homeless' |
Tahniah kepada SHEB yang mewakili usaha Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam membantu meringankan beban rakyat tanpa mengira status. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa.