Monday, April 8, 2013
Akhbar Cina: Bantah Calon Payung Terjun DAP Semakin Meningkat #PRU13 #GE13
3hb-Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat!
Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah sengit.
Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu.
Kempen itu dilakukan sekumpulan orang yang sama
Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok.
Kain rentang itu tertulis “We Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan”, dengan jelas mereka datang untuk menghentam Lim Eng Guan.
Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkan kepada Lim Eng Guan.
Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari juga ada orang di Labis, Bekok dan Chaah menaikkan kain rentang terpapar perkataan “kami mahu calon dari kalangan orang Cina di Parlimen Labis”, selepas itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP.
Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP, tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama.
Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah