Jelas sekali Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing,
Penulis berpendapat rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara. Nama sahaja pakatan tetapi sebenarnya mereka TIDAK berpakat pun!
Parti-parti komponen dalam PR berantakan, tiada pemuafakatan sama sekali.
Isu perebutan kerusi sebelum dan selepas penamaan calon semakin memuncak apabila PR meletakkan ramai calon-calon yang akan berlawan sesama sendiri.
Contohnya PAS akan menentang PKR di tujuh kawasan: DUN Bukit Besi, Kota Putera & Seberang Takir di Terengganu, DUN Panti di Johor, Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang.
Gara-gara mahukan kuasa dan pengaruh, Pakatan Rakyat tikam dari belakang sesama sendiri, namun masih mahu menipu rakyat bahawa mereka perjuangkan keadilan & demokrasi.