Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin percaya Tengku Adnan yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-12 telah banyak menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya. Bukan seperti Husam, yang hanya pandai pecah tanah kemudian meletakkan batu asas sehingga tiada tindakan.
"Tidak ada sebab untuk memilih calon lain. Tengku Adnan boleh menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya kerana dia Setiausaha Agung UMNO, sementara Perdana Menteri adalah Presiden UMNO. Maka mudah untuk Tengku Adnan menyelesaikan masalah."
"Saya kenal calon Pas, Datuk Husam Musa, namun antara Husam dan Tengku Adnan, saya pilih Tengku Adnan," kata beliau dalam majlis Ceramah Perdana dan Ramah Mesra dengan penduduk Presint 8, Putrajaya.
Daim menegaskan tidak ada kerajaan yang seratus peratus sempurana ini termasuk kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
"Walaupun ada kesilapan akhirnya kerajaan pimpinan BN yang membawa keamanan, kemakmuran, kestabilan. Tanpa kestabilan tak ada orang datang melabur," kata beliau.
Dengan kemajuan Putrajaya, Tun Daim percaya penduduk dan pengundi Putrajaya adalah bijak dan bukan mudah diperbodohkan oleh Husam.