Budak kecil ini secara sinis menolak calon DAP ini |
Lim Lip Eng calon DAP Segambut muncul kembali di kawasan² terpencil Parlimen ini dengan harapan dan niat untuk mendapatkan sokongan pengundi. Jika sebelum ini, beliau cukup berkira untuk turun padang membantu rakyat yang berada di kawasan padat penduduk seperti Kg Kasipillay, Segambut Dalam dan lain² tempat sewaktu dengannya kerana kawasan² ini dianggap kurang 'standard' dan low class bagi seorang Ahli Parlimen 'berwibawa' sepertinya.
Beliau lebih berminat untuk membantu rakyat² di kawasan elit seperti Sri Hartamas, TTDI dan sekitarnya. Malahan kawasan yang berada di antara kawasan² elit seperti Sg Penchala juga menerima nasib yang sama di mana rakyat dibiarkan terkontang kanting tanpa perhatian wakil rakyat yang diberikan mandat secara demokrasi ini.
Mungkin inilah kali terakhir Lim Lip Eng akan menjejakkan kakinya di Segambut sama ada menang ataupun kalah di Parlimen ini kelak. Tapi apa yang pasti trend pengundi di sini sudah berubah dan akan terus transformasi kepada yang lebih baik dan menjadi pilihan ramai iaitu Barisan Nasional (BN).