Wednesday, April 17, 2013

Mahasiswa Tetap Sokong Barisan Nasional (BN) #voteBN #GE13 dan mention @tunfaisal @razaliibrahim @hishammuddinh2o @najibrazak @SISWA_4U

Pada 14 April 2013 jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan KPW Sungai Gelugor Pulau Pinang telah berlangsung sidang media Siswa4U Universiti Sains Malaysia (USM).Kenyataan Media ini dilakukan oleh Pengerusi Siswa4U USM, Mohamad Adhar Che Bae dan Pengarah Strategik Siswa4U USM, Mohd Basri Mohd Saad.

Antara intipati penting ialah saudara Mohamad Adhar Che Bae menekankan bahawa Siswa4U USM yakin Akujanji BN akan memacu kemajuan negara untuk masa depan dan menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada pasukan pilihan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam PRU13 nanti.