Monday, April 8, 2013

YB Tian Chua sudah "mati" di Parlimen Batu? #TolakPR #PRU13


Apa sudah jadi YB Tian Chua? Kalau kita lihat dari segi 'track rekod' beliau menjadi Ahli Parlimen Batu, memang tidak ada apa yang hendak rakyat Batu banggakan. Tiada jasa, tiada perubahan pun yang dilihat selain menimbulkan kontroversi diperingkat National seperti isu Kalimah Allah, Isu Lahad Datu (kematian adalah lakonan UMNO) dan pelbagai lagi yang malas penulis nak sebutkan, tetapi SEMUANYA mengarut.

Sikap Tian Chua ini bukannya memperjuangkan hak rakyat tetapi untuk menjadikan Malaysia ini sebuat negara yang boleh buat apa saja tanpa kira tentang sensitiviti kaum di Malaysia.

Bagi memulakan kempen PRU13 Tian Chua yang bermula di Batu untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU12, amat terkejut apabila ceramah beliau mendapat sambutan yang cukup "luar biasa" daripada rakyat tempatan(sila lihat gambar).




Gambar di atas diberikan oleh sumber yang turut sertai ceramah pakatan di Parlimen Batu baru-baru ini. Penulis diberitahu ceramah Tian Chua semalam hanya dihadiri seramai 60 orang. Mereka yang datang pun bukannya dari masyarakat di kawasan Batu tapi DIIMPORT dari kawasan luar.
Ape citer nie Tian Chua? Kata PKR parti yang diterima oleh rakyat...kenapa boleh jadi ini macam? Pada masyarakat di kawasan Batu, penulis ucapkan tahniah kerana telah buka mata di atas kesilapan yang di buat pada PRU12 dulu. Kalau mahukan perubahan dan masa depan yang terjamin pada masa akan datang....buatlah keputusan yang bijak. Jangan sesal dulu pendapatan, sesal kemudia tiada gunanya.


Ingat rakyat Batu, PRU13 inilah masa yang sesuai untuk anda menukar Ahli Parlimen kawasan anda!