Monday, April 22, 2013

Kambing Jamnapari 'kejar' Husam? #PRU13 #TolakPR




Pasti ramai penyokong PAS yang rasa Datuk Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya.  Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan bertanding di Putrajaya dan akan menentang DS Tengku Adnan.  Perkara ini tidak dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.

Tetapi harus diingat, jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui ‘track record’.  Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinila. Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding.
Penulis yakin report kad Calon BN DS Tengku Adnan tiada masalah dan pastinya pengundi Putrajaya rata-rata memberi Gred A+ buat beliau. 

Tetapi,cuba semak semula report kad si Husam "pecah tanah" ni.  Apa kejayaan dan khidmat yang telah dicurahkan beliau di Kelantan?  Nampaknya,beliau sama sahaja dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain.  Sebab janji hanya tinggal janji,janji pembangkang tak mungkin ditepati.  Tindakan beliau yang ingin bertanding di Putrajaya dilihat sebagai melarikan diri setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan. 

Sudah semestinya ini bakal meninggalkan rasa kecewa rakyat Kelantan. Mana tak nya,sudah berjanji,tidak dilaksanakan.  Rakyat sudah semestinya mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka kerana percaya beliau akan berkhidmat untuk masyarakat.  Tetapi inilah resam pembangkang,menabur janji untuk meraih undi.  Bukan berjanji untuk ditepati.  Jadi,macam mana pula gayanya jika beliau ke Putrajaya?  Jangan mudah percaya kepada janji-janji semudah itu.  Kaji semula track rekod beliau.  Ini sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga dari kecewa.  

Apa yang penulis nampak,Husam ingin mencuba nasib di Putrajaya dengan strategi baru.  Ekoran sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan,beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah atau menetap di Putrajaya. Tetapi,apa yang pasti,rakyat sudah bijak menilai.  Sama-sama kita berfikir sebelum buat keputusan agar tidak kecewa di kemudian hari.

P/S:  Husam Musa "masih BELUM" selesaikan lagi isu Kambing Jamnapari dan projek Jihad Ternak serta kaitannya dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad tetapi sudah mula menjanjikan bulan dan bintang buat pengundi Putrajaya..Hati-hati pengundi Putrajaya....