Sunday, April 21, 2013

Husam "pecah tanah" cuba tipu pengundi Putrajaya pula? #PRU13 #TolakPR



Pelik sungguh penulis melihat kerenah-kerenah PR (Pakatan Rosak) ni.  Dulu cakap, Putrajaya ni projek membazir, merugikan negara malah wang rakyat. Sekarang dah macam 'gila talak' pula mahukan Putrajaya.

Inilah sikap mereka sebenarnya.  Pantang tengok kemajuan dan hasil sesebuah Parlimen mahupun Negeri, sekarang mula nampak sikap tamak dan hipokrit mereka.  Ada hati pula nak tawan Putrajaya? Betapa rendahnya maruah PR ni? 



Apapun penulis tidak lupa dengan hinaan mereka ketika Putrajaya sedang dibina.  Sekarang Husam pula sudah buat kira-kira untuk "menjahanamkan" Putrajaya.

Cukuplah Husam dengan penipuan dan retorik politik yang telah anda lakukan selama ini terutamanya di Kelantan.  Pelbagai projek pecah tanah telah anda lakukan tetapi sehingga sekarang TERBENGKALAI... Mujur rakyat Kelantan tidak pecahkan kepala anda.

Sekarang nak buat perkara yang sama di Putrajaya pula??  Kawasan anda sendiri pun kucar kacir ada hati nak tawan Putrajaya.  Husam, pengundi Putrajaya tidak mudah diperbodohkan dan rata-rata tidak menerima "orang luar" seperti kamu!!