Abdul Ghani yang juga penyandang Menteri Besar Johor berkata biarpun saingan yang diterimanya hebat, tetapi beliau yakin amanat yang diberikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak merupakan keputusan terbaik bagi memastikan Johor terus kekal cemerlang di bawah BN yang mempunyai rekod baik.
"Amanat daripada parti untuk bertanding di Gelang Patah, kebetulan calon pembangkang adalah Lim Kit Siang, jadi saya diamanahkan oleh parti untuk pertahan kerusi BN Johor untuk memastikan kemenangan BN di Johor," katanya
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad membuat analisis dalam blog beliau tentang kenapa Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, Johor.
Lim Kit Siang dan DAP hanya berminat untuk menghapuskan penguasaan politik bangsa Melayu dan menamatkan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia.
BN meletakkan harapan kepada Dato’ Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP.
Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor.
Singapura berikan cuti 2 hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP di samping memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13.