Thursday, April 18, 2013
Janji Husam di Kelantan tidak dilaksana, sekarang lari ke Putrajaya?? @putrajaya_13 #PRU13 #TolakPR
Husam oh Husam... Patutlah anda lari ke Putrajaya. Rupanya ada orang 'kejar' dek kerana pelbagai janji di Kelantan yang belum anda tunaikan.
Sekarang nak janji apa pula di Putrajaya ni Husam?? Nak turunkan harga sewa premis perniagaan? Nak ambil alih tugas PJH buat parking bertingkat? Nak suruh Bas Nadi Putra berhenti di depan pintu pejabat penjawat awam? Nak buat bengkel kereta khas? Nak pastikan penduduk Putrajaya luangkan masa di taman-taman awam sedia ada?? (antara yang terkandung dalam tazkirah pertama Husam di Putrajaya)
Sudahlah Husam...itu semua cakap-cakap kosong / sembang kedai kopi sahaja!!! Bukanlah penulis hendak merendah-rendahkan cakap besar Husam ini, tetapi ada baiknya cermin diri sendiri dulu.
Dari segi agama pula, apa hukumnya apabila tidak menunaikan janji? Rasanya penyokong PAS sendiri tahu kot dan tak perlulah penulis hendak merungkai bab hukum hakam ini.
Jadi apakah pengajaran yang boleh diambil buat penyokong Husam secara khususnya? Tinggalkan saja, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan....... Beliau hadir ke Putrajaya dengan misi yang sama seperti yang beliau lakukan di Kelantan.
Video ini antara bukti jelas beliau gagal dan menurut sumber penulis, di Kelantan beliau digelar "Husam Pecah Tanah" dan pastinya seluruh pembaca faham kenapa gelaran itu diberikan.