Monday, April 29, 2013

PANAS: Husam 'pecah tanah' hampir pengsan di Putrajaya? #PRU13 TolakPR




Putrajaya penuh sesak dengan belasan ribuan pengundi Putrajaya hadir bagi mendengar ceramah umum oleh Calon BN Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Tun Mahathir kelmarin.

Mereka yang hadir ini tidak "diimport" dari kawasan luar seperti apa yang dibuat oleh Husam dan juak-juak PAS baru-baru ini di ceramah mereka di mana mereka terpaksa mengerahkan penyokong luar seperti dari Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang, Subang dan sebagainya untuk hadir bagi meramaikan suasana.
Husam dan juak-juak PAS juga terpaksa menggunakan orang ramai yang menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Besi Sultan Mizan bagi menampakkan kononnya sokongan padu orang Putrajaya terhadap Nik Aziz.

Pandai mereka ambil kesempatan.  Untuk makluman, memang setiap Jumaat, masjid ini akan penuh kerana kakitangan kerajaan dan beberapa pejabat yang berdekatan menunaikan solat di sini kerana ianya dekat. 

Apapun tahniah penulis ucapkan kepada  Pengasas pembinaan Putrajaya, Tun M yang disambut hebat oleh pengundi Putrajaya serta penduduk Putrajaya.  Pasti suasana sebegini meresahkan Husam 'pecah tanah'..

Tun Mahathir ada cakap yang PAS dulu mahu lelong tapi sekarang nak tawan pula. Muka tak malu betul la juak-juak murahan PAS ni!

Apapun penulis percaya Husam sekarang makin goyang apabila melihat pengundi Putrajaya yang hadir memberi sokongan kepada Tengku Adnan.










Pengundi Putrajaya akan pastikan Husam "pecah tanah" berkubur di Presint 20!!!