Wednesday, April 3, 2013

PUNB bantu usahawan bumiputera sehingga berjaya @KhairyKJ #Transformasi #Janjiditepati




Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) meluluskan pembiayaan melebihi RM1.6 bilion kepada usahawan bumiputera sehingga Februari tahun ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, kelulusan tersebut melibatkan pemberian pembiayaan kepada lebih 6,171 usahawan menerusi 3,513 pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di seluruh negara.

Menurutnya, daripada RM1.6 bilion itu, sebanyak RM537 juta diluluskan menerusi skim Prosper Runcit, RM369 juta menerusi skim Prosper Pemborong, manakala RM33 juta melalui skim usahawan muda.

"Menerusi skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan skim terawal sejak tahun 1992 pula, sebanyak RM654 juta pembiayaan diluluskan dan bagi program Prosper Teras pula pembiayaan sebanyak RM37 juta sudah diberikan.
"Kita merancang untuk meluluskan pembiayaan sebanyak RM200 juta kepada usahawan bumiputera pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat PUNB Wilayah Selatan di Setia Tropika, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian; ADUN Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman; Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah dan Ketua Pejabat PUNB Wilayah Selatan, Nik Mohd Nor Arif Yahya.

Beliau berkata, untuk negeri Johor sahaja, pembiayaan sebanyak RM117.49 juta sudah diluluskan kepada 450 syarikat melibatkan 633 usahawan di negeri ini menerusi kelima-lima skim pembiayaan.

Tambahnya, sejak pejabat tersebut memulakan operasinya pada 14 Januari lalu, sebanyak enam buah perniagaan dibangunkan di Wilayah Selatan yang melibatkan kos projek sebanyak RM1 juta.

"Bagi tahun ini, PUNB menyasarkan untuk meluluskan sebanyak 60 permohonan pembiayaan di Wilayah Selatan dengan nilai sasaran pelaburan sebanyak RM9.53 juta," katanya yang menyeru usahawan bumiputera merebut peluang yang ada," katanya.

sumber: Utusan