Inilah yang mereka tinggalkan dimata pelancong dan rakyat tempatan |
Purata jumlah yang hadir lebih kurang 85,000 orang sahaja. Kalau pun nak cakap 100,000 pun bolehlah tetapi tetap GAGAL. Nampaknya rakyat dah mula muak, mual serta menyampah dengan taktik PR ini. Mereka sedar bahawa PR kini terdesak untuk meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka pada PRU13 nanti.
Namun apa yang penulis kesalkan ialah golongan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa diperalatkan serta penulis melihat golongan "mahasiswa suci" dirosak dan dihasut oleh "Mahasewel" supaya membenci apa sahaja usaha kerajaan walaupun usaha itu dilihat memberi kelebihan dan kebaikan buat mahasiswa.
Mahasiswa ini terus dirosakkan oleh agen PR |
Selain isu dipergunakan dan diperalatkan, apa yang lebih jelas ialah mereka semua ini sebenarnya pencetus huru-hara, dengan memberi kesusahan kepada warga kota. Ada yang datang dari Utara, Pantai Timur mahupun Selatan semata-mata untuk menambah kesesakan lalu lintas di jalan raya serta tidak kurang memberi masalah trafik yang lain. Boleh dikatakan ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hampir 2 jam serta banyak jalan ditutup.
Dan yang mengecewakan ialah sampah-sarap yang ditinggalkan oleh para pendemo serta beberapa masalah vendalism yang timbul. Tak pasal-pasal bandaraya Kuala Lumpur dikotorkan oleh golongan "BERSHIT" ini.
Apapun tahniah buat jutaan rakyat Malaysia yang TIDAK menyertai perhimpunan ini dan terus menyokong kerajaan dan keamanan.